Wakaf UiTM
Entiti wakaf Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah ditubuhkan sebagai bertanggungjawab untuk menguruskan dana harta selain zakat dan sedekah bagi kebajikan staf, pelajar UiTM khasnya dan umat Islam secara umumnya. Entiti ini diuruskan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) melalui Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf, ACIS, UiTM.
e-Wakaf UiTM
eWakaf yang dilancarkan pada 18 Januari 2017 adalah salah satu medium yang dibuat oleh pihak UiTM bagi mempelbagaikan sumbangan wakaf daripada individu / organisasi dalam dan luar UiTM. Sumbangan wakaf secara atas talian ini boleh dibuat dengan melayari wakaf.uitm.edu.my .
