Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (PZWS), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

 

UiTM merupakan IPT pertama di Malaysia yang dibenar melaksanakan operasi kutipan dan agihan zakat, selain melaksanakan kutipan dan agihan sedekah serta kutipan wakaf.

Operasi ini dilaksanakan oleh Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (PZWS), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). PZWS menerima bayaran semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, KWSP, emas/perak dsb. Menggunapakai sistem memproses berkomputer, resit dan laporan yang dilaksanakan oleh PZS.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi kebenaran kepada UiTM bagi melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat mulai 9 Mei 1998. Kerjasama dengan Majlis Agama Negeri-negeri turut dipergiatkan bagi membolehkan kutipan dan agihan zakat dibuat di seluruh sistem UiTM. Kutipan zakat dilaksanakan dalam dua bentuk utama iaitu kutipan tunai (kepada semua jenis zakat) dan kutipan secara potongan gaji (zakat pendapatan sahaja).

Struktur Organisasi Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM adalah seperti berikut :-

  1. JAWATANKUASA TABUNG AMANAH ZAKAT UiTM
    Bertanggungjawab dalam merangka dan menggubal polisi serta dasar kutipan dan agihan zakat di Universiti Teknologi MARA dengan persetujuan bersama Lembaga Zakat Selangor (Ahli-ahli didalam Jawatankuasa TAZUiTM adalah merupakan pengurusan tertinggi UiTM dan pengurusan tertinggi LZS).
  2. JAWATANKUASA AGIHAN ZAKAT UiTM
    Bertanggungjawab dalam melaksana dasar kutipan dan agihan zakat serta kuasa meluluskan permohonan bantuan zakat di Universiti Teknologi MARA dengan lantikan kuasa yang diberikan oleh TAZUiTM.
  3. JAWATANKUASA AMANAH SEDEKAH UiTM
    Bertanggungjawab dalam merangka dan menggubal polisi serta dasar kutipan dan agihan sedekah dan bertanggungjawab dalam melaksana dasar kutipan dan agihan sedekah serta kuasa meluluskan permohonan bantuan di Universiti Teknologi MARA.
  4. JAWATANKUASA TABUNG AMANAH WAKAF UiTM
    Bertanggungjawab dalam merangka dan menggubal polisi serta dasar kutipan dan penggunaan wang sedekah jariah (wakaf) di Universiti Teknologi MARA.
  5. PUSAT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF UiTM
    Bertanggungjawab dalam melaksana segala urusan operasi kutipan zakat, sedekah dan sedekah jariah (wakaf) dan agihan zakat, sedekah dan penggunaan Sedekah Jariah (Wakaf) di Universiti Teknologi MARA.

خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui". (Q.S At-Taubah ayat 103)

Comments are closed.