Projek Wakaf

Kompleks Pusat Islam Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam

Pembangunan UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 telah dilaksanakan dan siap sepenuhnya pada 21 Julai 2009. Projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) di kampus ini iaitu Pembinaan Kompleks Alam Bina dan Senilukis Senireka serta projek Asrama Tambahan.

Kerja-kerja Fasa 2 yang merangkumi Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Hotel, Bangunan Gunasama, Kemudahan Sokongan dan kolej Kediaman Pelajar. Sehubungan dengan itu, dengan penambahan pembangunan, infrastruktur, kakitangan dan pelajar di kampus tersebut masih lagi terdapat kekurangan dari segi kemudahan iaitu masjid. Justeru itu pihak Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM mencadangkan supaya sebuah Kompleks Pusat Islam dibina dikawasan tersebut .

Kompleks Pusat Islam yang dicadangkan adalah terdiri daripada komponen berikut:

  1. Masjid UiTM Puncak Alam
  2. Pejabat Pentadbiran ACIS dan Pusat Islam
  3. Bilik Pensyarah
  4. Dewan dan bilik Kuliah
  5. Ruang komersial (yang akan disewakan bagi menjana pendapatan untuk diagihkan semula kepada asnaf zakat dari kalangan pelajar UiTM)

KONSEP

Rekabentuk senibina Moden yang bercirikan Islam

Penggunaan corak arabesque untuk melambangkan sifat-sifat al-Quran ini serta menterjemah asal kejadian alam.

Penyatuan Masjid dengan Ruang Komuniti mewujudkan suatu suasana keislaman sebagai sebuah pusat kehidupan yang sempurna.

  • Hadith Rasulullah SAW
    “Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Apabila seorang muslim meninggal, maka amalannya terputus kecuali dari tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat, atau anak soleh mendoakannya
    Hadith Rasulullah SAW
  • Ali Imran (3): 92
    Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
    Ali Imran (3): 92