Soalan Lazim (FAQ)

FAQ

1Adakah e-Wakaf UiTM berbentuk bayaran bulanan atau sekali pembelian?
e-Wakaf UiTM adalah ibadah sunnah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa halangan dari segi waktu dan tempoh.
2Bolehkah e-Wakaf UiTM dinamakan atas nama orang yang sudah meninggal?
Boleh. Pendaftaran haruslah didaftarkan atas nama wakil yang masih hidup.
3Adakah terdapat kemudahan potongan gaji?
Potongan gaji hanya disediakankan untuk staf UiTM sahaja.
4Bagaimana sekiranya terlupa katalaluan?
Tuan/Puan digalakkan menekan Forgot Password di skrin yang berkenaan. Jika mempunyai masalah yang berkaitan, sila hantar maklumat nama, nombor telefon dan no kad pengenalan tuan/puan melalui menu Hubungi Kami.
5Adakah dengan berwakaf melalui laman ini, dibolehkan membuat pengecualian cukai?
Ya boleh. Pewakaf dengan nilai RM10 ke atas akan menerima resit rasmi UiTM yang boleh digunakan untuk pengecualian cukai.
6Adakah dibolehkan berwakaf dengan menggunakan nama syarikat?
Boleh, dengan mendaftarkan nama syarikat sebagai pewakaf dan nombor pendaftaran syarikat sebagai nombor kad pengenalan.
7Apakah itu kaedah pembayaran MOLPay?
MOLPay merupakan satu kaedah pembayaran online popular di Malaysia, iaitu suatu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet (multi-bank internet payment). Informasi tentang MOLPay boleh di akses DI SINI.
8Adakah pembelian secara MOLPay akan dikenakan cas tambahan?
Tidak. Pembayaran tidak akan dikenakan cas tambahan.
9Berapakah nilai had minimum untuk pembelian e-Wakaf UiTM?
Had minimum untuk e-Wakaf UiTM adalah RM2, namun resit rasmi hanya dikeluarkan bagi wakaf RM10 ke atas
10Adakah terdapat bukti sumbangan wakaf sekiranya berwakaf secara ONLINE?
Ya, ada. Sumbangan wakaf oleh pewakaf yang berdaftar sahaja, iaitu sebanyak RM10 dan ke atas akan menerima resit rasmi yang akan dipos dalam masa 14 hari bekerja ke alamat yang telah didaftarkan dalam sistem e-Wakaf UiTM.
11Dimanakah tempat aduan jika terdapat sebarang masalah dengan pendaftaran atau sumbangan e-Wakaf UiTM?
Anda boleh hubungi kami:
Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (PZSW)
Aras bawah, Masjid Wathiqu Billah Tengku Sultan Mizan
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-55443115 /2381 Faks: 03-5544 2369
Email: wakaf@salam.uitm.edu.my